Tumbesaran dan Pemakanan Ayam



dedak warisan

i. Ransum Pemakanan

Syarikat pengeluar makanan ternakan komersial telah mengeluarkan dedak mengikut kegunaan penternakan kita. Perbezaan yang nyata dari kandungan protein,calcium dan lain-lain lagi. Bagi ayam pedaging, makanan dirumus khas mengandungi kandungan protien yang tinggi bagi tujuan penggemukan. Bagi ayam baka dan penelur, makananya pula dirumus mengandungi kandungan protien yang rendah berbanding dedak pedaging dan mengandungi unsur calcium bagi pembentukan cengkerang telur. Jika ayam kampung, protein yang diperlukan minimum adalah 18%.

ii. Jenis dedak

Pastikan sebelum membeli makanan ayam, kita kena tahu dedak yang sesuai mengikut ternakan kita :
Anak ayam (Pedaging /Penelur/Baka) : Selalu ditulis perkataan starter / pemula dll.
Ayam Dewasa : Selalu di guni dedak akan ditulis perkataan Grower, Feeder,Penggemuk dll. Dedak ini khusus diformulasi bagi meningkatkan kadar tumbesaran dengan masa yang cepat.
Penelur : Selalu di guni akan tertulis perkataan layer.
Baka : Selalu di guni tertulis perkataan breeder.

iii. Bentuk dedak

Anak (Pedaging /Penelur/Baka) : Dalam bentuk mash ( serbuk ) dan crumble ( dedak kasar ).
Pedaging : Dalam bentuk crumble ( dedak kasar ) atau pellet.
Penelur & Baka : Dalam bentuk mash (serbuk ). Selalunya akan kelihatan jagung-jagung hancur dalam dedak tersebut.

iii. Warna dedak

Pedaging :
Kuning : Ransum pemakanan mempunyai kandungan protien dari unsur-unsur tumbuhan kebanyakannya.
Hitam : Ransum pemakanan mempunyai kandungan protien dari unsur-unsur haiwan (ikan dll). – cadangan penggunaan dedak hitam kerana memaksimumkan tumbesaran..dalam erti kata lain ayam cepat besar.
Baka & Penelur :
Dedak berwarna kuning dan kelihatan jagung atau kulit jagung bersama-sama dedak ini.

iv. Waktu makan

- Pedaging : Pada masa sekarang, dah ada guideline jumlah pemakanan sehari dari umur sehari hingga umur pasaran. Cuma pemberian biasanya dibuat dua kali iaitu sekali pagi dan sekali petang.
-Penelur / Baka : - Selepas 14 hari,dicadangkan memberi makan terus menerus sehingga umur hampir ke 16 minggu ( dedak bentuk crumble ). Lampu jika boleh dipasang pada waktu malam sehingga umur 1 bulan. Selepas itu, ayam diberi makan pada waktu siang sahaja.
Penelur/Baka : Pada umur 16 minggu, ayam boleh diasuh untuk mula menggunakan makanan baka/penelur. Makanan baka/penelur diberi dengan kadar yang bersesuaian.Tidak boleh diberi makan terus menerus..!!! Hanya Sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. Jika diberi makan terus menerus tanpa had,ayam akan menjadi gemuk dan produktiviti telur akan berkurang atau terhenti.

v. Pertukaran makanan

-Pastikan sewaktu mahu menukar makanan ke bentuk yang lain atau jenama yang lain, Makanan tersebut ditukarkan secara beransur-ansur selama beberapa hari sebelum bertukar sepenuhnya kepada makanan yang baru bagi mengelakkan ayam tersebut terkejut dengan perubahan makanan kerana kesannya ayam tersebut perlu menyesuaikan makanan tersebut, mungkin akan murung kerana makanan dah bertukar, hilang selera makan dah merugikan masa.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web di http://marzuqbayu.com atau Facebook Marzuq Bayu Sdn Bhd.

Comments

Post a Comment